Tuesday, April 10, 2012

••❤•• bila yang ditinggalkan mula pergi ••❤••



aku selalu ditinggal²kan . mula kata mereka sibuk dengan urusan kehidupan . kemudian kata mereka perlukan ruang untuk bersendirian . aku pula membiarkan mereka kerana tak mahu mereka terasa terkurung dengan duniaku . lagi pun siapa aku untuk menghalang . aku tidak menafikan hak mereka itu . tapi ! semakin aku biarkan semakin menggila aku ditinggalkan . daripada satu alasan berpindan ke yang lain . akhirnya ? ada yang pergi dengan pesanan “jangan pernah aku cuba mencari lagi” . tak kurang juga yang pergi tanpa perasaan membiarkan aku menjawab soalan dengan pertanyaan .

tapi ! selang selama tempoh peninggalan aku lihat mereka dengan seorang yang bernama perempuan . perempuan yang diangkat menjadi kekasih hati . perempuan yang dijulang menjadi permaisuri . sedangkan aku dulu ? diletak serendah di bawah telapak kaki . tapi ! lama kelamaan aku terbiasa dengan semua ini . berkenalan . berteman . ditinggalkan . dan hal ini berterus terusan hingga aku sendiri belum tahu di mana pengakhiran . aku menulis bukan mahu perhatian . cukup sekadar berkongsi rasa tentang setinggi aku pernah direndah²kan . dan ! kau di luar sana janganlah mengeluh tentang hubungan yang sedang kau perjuangkan . mahukah kau menjadi seperti aku ? bersyukurlah !

doa itu rahsia dengan Tuhan . tapi hari ini aku ingin berkongsi ayat² yang pernah aku ucapkan tanpa aku sendiri tak punyai kesedaran .

. . . YA ALLAH ! tutupkan hatiku untuk sesiapa saja selepas ini dan bukakan hanya untuk seorang lelaki yang bergelar suami . jika suamiku itu telah mati di dunia, maka terus tutup hatiku ini dan aku berserah kepadaMU untuk menentukan pada siapa dan dengan siapa hati ini akan terbuka semula . . .

. . . bukan berputus asa cuma ini bagiku adalah sebahagian daripada redha . . .

. السلام عليكم .