Friday, February 24, 2012

••❤•• khilaf ••❤••



. . . cukuplah dengan ampun dan maaf , cukuplah dengan rasa berdosa . untuk merasa cinta semula untuk kembali ke pangkuanNYA . . .

tak tau kenapa saya menulis bait² lagu kat atas tapi bait² lagu nie memanggil² saya untuk berkongsi sesuatu . lirik kat atas nie lagu Khilaf nyanyian kumpulan Okid . berbalik pada cerita . kadang² saya rasa cinta itu tak adil buat saya . setelah penat saya mengharungi sisi² gelap bersama manusia² bernama lelaki akhirnya mereka itu pergi bersama seorang yang lain dengan diri yang kini tanpa kegelapan lagi . adilkah itu ? kalau dikirakan hilang akal , sudah tentu jawapan saya adalah tidak ! tapi bila dilewati kembali semua yang berlaku , saya sedar semua itu berbalik pada saya juga .

salah saya kerana berusaha menjadikan seseorang menjadi lebih baik daripada sebelumnya sedangkan diri sendiri masih terpinga² . salah saya kerana berusaha membantu seseorang berubah sedangkan diri sendiri masih rebah . salah saya kerana menginginkan hal² cinta dunia yang indah sedangkan cinta padaNYA masih jauh tertinggal bersalah .

maka , berbaliklah perempuan itu kembali ke pangkuanNYA untuk merasa cinta semula . mungkin masih payah kerana dia masih merangkak menadah untuk ampun dan maaf atas khilafnya . . .

perempuan itu adalah aku yang dulu memperjuangkan perasaan yang aku namakan cinta sedangkan itu hanyalah timbunan dosa semata² .


regards ,



Monday, February 6, 2012

••❤•• mawar mujahiddah ••❤••


buat mawar mujahiddah solehah yang sedang merindukan syahid di jalan ALLAH .


. بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

sekali wanita tergoda dunia , maka gugurlah sekuntum wardah di syurga . sekali wanita sengaja menodai hijabnya , maka laknat ALLAH terhadapnya . sekali wanita mendedah iffahnya , maka berbahagialah syaitan di neraka .

wanita yang tidak menjaga diri sendiri ,
jadi rebutan untuk dipermainkan .

wanita yang mengakui hak diri sendiri ,
jadi rebutan untuk dihalalkan dalam pinangan .

wahai mawar kesayanganku sekalian !
kecantikan dirimu mengatasi kecantikan bidadari syurga .
jagalah dirimu hingga tiba saatnya .

Friday, February 3, 2012

••❤•• tren² cinta ••❤••


shout ! shout ! shout !
update blog ! lama sungguh tak update blog ni . tugasan harian memaksa saya menganak tirikan blog ni ! HEHEHE . :p

oke ! title entri kali nie adalah tren² cinta . kenapa ? sebab setiap hari saya kepenatan naik tren dari Salak Selatan ke Wangsa Maju . agak panjang perjalannya kan ! kembali pada entri . travel dari rumah ke ofis menelan masa yang agak lama daripada biasa . kadang² saya terlambat dan ada masa saya tercepat . biar apa pun masa saya tiba di stesen itu , tetap ada tren yang akan tiba dengan pintu yang terselak untuk menghantar dan sudah tentu menjemput saya pulang ke tempat sepatutnya .


begitu jugalah cinta ! cinta tu tetap akan datang . menghantar kau dengan harapan dan menjemput kau dengan kebahagiaan . yang membezakan cuma masa ! mungkin tren cintamu akan tiba terlebih dahulu atau mungkin akan terlewat sedikit daripada kebiasaannya . andai tren cintamu lewat tiba ingatlah yang kau belum bersedia . mungkin "tambang" sayang belum cukup . atau mungkin "aliran" tren tersalah coach . tapi ingatlah . tren cintamu pasti tiba ! dengan "tambang" yang tersedia dan melalui "aliran" yang sepatutnya .



regards ,