Saturday, December 8, 2012

••❤•• botol kaca dan nota² di dalamnya ••❤••



Salam .

lama tak menulis di sini , banyak hal yang terjadi . kalau dikira² tak mampu nak hadapi semuanya , tapi ALHAMDULILAH sampai sekarang masih boleh bangun daripada rebah . daripada semua hal itu , ada satu hal yang paling membunuh aku , tapi itu jugalah yang akan terus aku tunggu . 

ada satu botol kaca dalam simpanan . terisi dalam botol itu nota² perasaan . kerinduan , air mata , kecurangan , suka duka . tak sangka ! aku , dia dan di sekeliling kami seolah² drama yang selalu bermain di kaca tv . baru aku tahu , tak salah drama itu dicipta sebegitu .

pemilik botol kaca itu akan kembali untuk membaca setiap satu keping nota² di dalamnya . jika ditanya manusia di luar sana , sementara tunggu pemilik itu kembali , macam² boleh terjadi . ya ! kerana masanya untuk kembali memang lama . tapi , aku ? sebagai sebahagian daripada isi dalam botol kaca itu , percaya yang dia akan kembali tak lama lagi .

semoga dia mula mengerti betapa besar kasih sayang Tuhan padanya selama dia pergi . dan , semoga kelak dia kembali jangan pernah dia melupakannya Tuhannya Yang Maha Melindungi .

AMIN YA RABB !

regards ,

Wednesday, August 8, 2012

••❤•• teman pengganti ••❤••



Salam .

Aku malas nak update tapi aku asyik dengar lagu ni dan aku rasa aku kena juga share . Karya Malique tak pernah langsung mengecewakan . Tak melampau aku labelkan dia sebagai pejuang lirik di Malaysia . Apa yang ditulis adalah apa yang berlaku di situ , apa yang ditulis adalah apa yang terjadi di sini . Liriknya berseni dan bermakna , sesekali jelas terasa sindirannya . Mungkin ramai di luar yang tidak mengendah , maka dia mengadu dalam lagu supaya yang ramai itu sesekali rasa gundah . Respect .


Lirik

Ketawa bersama,
Menangis bersama,
Ku bersumpah harap kita,
Mati pun bersama.

Sejak dua menjak ini,
Makin kerap ku diganggu visi,
Bila celik, juga bila mimpi,
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi,
Dia membelaimu dengan izin dan permisi,
Sentuhan katanya semua kau iakan,
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan,
Aku redha walau tidak ku damba,
Walau hampa semuanya dah dijangka.

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta,
Kenangan dibina kita indah belaka,
Ketawa bersama, menangis bersama,
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama,
Namun hakikatnya, bukan mudah,
Aku sembunyikan gulana gundah,
Segalanya kan berubah,
Dengarkan apa yang ku mahu luah.

Rahsia ini,
Telah lama aku pendamkan,
Tiba masanya,
Segala-galanya,
Kuceritakan,
Aku kan pergi,
Pergi ku tak akan kembali,
Tiba masanya,
Kau cari teman pengganti.

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias,
Kita tak terlepas dari terkena tempias,
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias,
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas,
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks,
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks,
Bila dunia seolah tak memahami,
Kau sudi selami, dalami dan mengalami.

Setia mendengar, sentiasa hadir,
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir,
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal,
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal,
70 000 hijab harus kusingkap,
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap,
Dalam diam ada, seorang yang kupuja,
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna.

Rahsia ini,
Telah lama aku pendamkan,
Tiba masanya,
Segala-galanya,
Kuceritakan,
Aku kan pergi,
Pergi ku tak akan kembali,
Tiba masanya,
Kau cari teman pengganti.

Sejak dua menjak ini, kumencari fungsi kewujudan,
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan,
Terperangkap dalam jasad, ku keliru,
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu,
Namun aku tetap murung, berkurung,
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput,
Komplikasi di halaman susuk kiri,
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri.

Lagu ini yang terakhir aku sajikan,
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan,
Jaga diri, jangan makan hati,
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti,
Bilik dah kukemas, katil dah kurapi,
Cincin, kunci, dompet dalam laci,
Ada sikit wang, itu saja baki,
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti.

Aku kan pergi,
Bertemu kekasih abadi,
Tiba masanya,
Kau cari teman pengganti.

regards ,


••❤•• comelnya RAMADHAN ••❤•• Part III


. السلام عليكم .

Part III - Day 21 to Day 30










alhamdulilah ! habis pun post comel nie .
nanti kita jumpa kat post Eid Aidilfitri !
slamat berpuasa ! :)

regards ,


••❤•• comelnya RAMADHAN ••❤•• Part II


. السلام عليكم .

Part II - Day 11 to Day 20






hah ! ade sambungan lagi .
Comelnya Ramadhan - Part III . :)

••❤•• comelnya RAMADHAN ••❤•• Part I


. السلام عليكم .

update untuk sepanjang bulan Ramadhan
. credit to xoxo Illy Muzliza - Brotherhood Arts .

comel kan ! dan seperti kata penulis :
all hadiths attached are valid and sahih . insyaALLAH .

Part I - Day 1 to Day 10







tunggu , ada sambungannya tau !
Comelnya Ramadhan Part II . :)

Sunday, June 24, 2012

| drama | ✿ ameera ✿




. demi zuriat sebuah perjanjian termeterai .

siapa tengok drama ni ? saya mula tengok drama ni waktu Zila (Zarina Zainoordin) menyorok dalam, kereta Ameera (Rita Rudaini) yang bersuamikan Ameer (Syamsul Yusuf) .

lepas tu lama saya tak tengok sebab macam asyik terlepas . tapi since last two weeks saya mula tengok balik cerita ni . macam best ! sebab mungkin jalan cerita yang dah semakin berjalan . intro clip dengan lagu tema pun sedap , mungkin sebab saya minat dengan kumpulan MOJO . HEHEHE ! :)

drama arahan Murali Abdullah dan skrip oleh penulis novel Sharifah Abu Salem ni bersiaran dalam slot Samarinda hari Selasa sampai Khamis . kalau nak tengok rasanya belum terlambat lagi , macam saya . HEHEHE ! slamat menonton semua .


regards ,

images from : http://google.com.my

Sunday, June 17, 2012

••❤•• abah , ouh abah ! ••❤••



. AL-FATIHAH ABAH .
. MD. RAHIM BIN REJAB .

hah ! hari nie hari bapa . ramai yang post status kat Facebook cerita pasal hero masing² ! HEHEHE !

saya pun ada cerita sendiri tentang hero saya tapi biarlah cerita tu jadi simpanan saya sendiri . yang saya tahu sepanjang 18 tahun saya berpeluang mengenali dia sebagai seorang abah , dia adalah lelaki yang pendiam tetapi sangat menceriakan . sehingga ke hari ini walaupun dia sudah tiada di sisi mengingatinya tetap menceriakan diri ini . semoga abah berbahagia di sana . kami selalu merindui abah di sini . insyaALLAH sampai masa ketemu lagi kita di sana , abah .

dan ! dan ! SELAMAT HARI BAPA ! :)
untuk semua bapa dan bakal bapa di luar sana !
anda adalah satunya lelaki yang menjadi bukti bahawa tidak semua lelaki sama seperti yang pernah menyakiti hati kami .


regards ,

Sunday, June 3, 2012

••❤•• ehem² ! saya sedang kemaskini ••❤••



slamat hari jadi ! slamat hari jadi ! slamat hari jadi to me ! selamat hari jadi ! HAPPY BIRTHDAY , CHE HASLIZA .
ok , rasanya yang paling lambat wish happy birthday kat aku adalah aku sendiri kot . HEHEHE ! tapi , apa pun aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana sekali lagi aku diberikan kesempatan untuk melewati hari² mendatang dengan lebih kedewasaan . semoga aku sentiasa berada di jalananNYA dan tidak akan melangkah keluar lagi daripada landasan itu . insyaALLAH .

terima kasih mak, along, angah, aiman ! :)
inilah keluarga kecil yang aku ada , tapi ini jugalah yang menjadikan aku sebesar² manusia yang berada di dunia ini . doaku hanya syurga buat kalian semua . :)

oh , ya ! my great gentlemen and wonderful women ! :)
much thanks to all of you ! yes , you . yang tak henti² wish happy birthday for me, penuh wall Facebook saya ! penuh inbox handphone saya ! saya happy sangat ! anda sangat istimewa buat saya dan menjadikan saya seorang yang istimewa di dunia ini . terima kasih ! :)

and , to you my dear yang jauh di seberang sana . . .
ketahuilah , bahawa kau telah menjadikan aku yang paling indah pada pandanganmu , yang paling redup dalam sinar matamu dan kau membuatkan aku merasa indah sebenar cinta yang selama ini hanya aku rasakan sebagai pura² bersama mereka yang terdahulu daripadamu . terima kasih membiarkan masa silamku berlalu tanpa mengingatku tentang semua itu . aku kirimkan doa semoga kau sentiasa sejahtera , kerana aku selalu ingin kau ada . :)



p/s : "jauh di mata dekat di hati .
aku yang mencintaimu di sini . merindukanmu setiap hari . setiap menungguh hingga kau kembali" .

regards ,

Tuesday, April 10, 2012

••❤•• bila yang ditinggalkan mula pergi ••❤••



aku selalu ditinggal²kan . mula kata mereka sibuk dengan urusan kehidupan . kemudian kata mereka perlukan ruang untuk bersendirian . aku pula membiarkan mereka kerana tak mahu mereka terasa terkurung dengan duniaku . lagi pun siapa aku untuk menghalang . aku tidak menafikan hak mereka itu . tapi ! semakin aku biarkan semakin menggila aku ditinggalkan . daripada satu alasan berpindan ke yang lain . akhirnya ? ada yang pergi dengan pesanan “jangan pernah aku cuba mencari lagi” . tak kurang juga yang pergi tanpa perasaan membiarkan aku menjawab soalan dengan pertanyaan .

tapi ! selang selama tempoh peninggalan aku lihat mereka dengan seorang yang bernama perempuan . perempuan yang diangkat menjadi kekasih hati . perempuan yang dijulang menjadi permaisuri . sedangkan aku dulu ? diletak serendah di bawah telapak kaki . tapi ! lama kelamaan aku terbiasa dengan semua ini . berkenalan . berteman . ditinggalkan . dan hal ini berterus terusan hingga aku sendiri belum tahu di mana pengakhiran . aku menulis bukan mahu perhatian . cukup sekadar berkongsi rasa tentang setinggi aku pernah direndah²kan . dan ! kau di luar sana janganlah mengeluh tentang hubungan yang sedang kau perjuangkan . mahukah kau menjadi seperti aku ? bersyukurlah !

doa itu rahsia dengan Tuhan . tapi hari ini aku ingin berkongsi ayat² yang pernah aku ucapkan tanpa aku sendiri tak punyai kesedaran .

. . . YA ALLAH ! tutupkan hatiku untuk sesiapa saja selepas ini dan bukakan hanya untuk seorang lelaki yang bergelar suami . jika suamiku itu telah mati di dunia, maka terus tutup hatiku ini dan aku berserah kepadaMU untuk menentukan pada siapa dan dengan siapa hati ini akan terbuka semula . . .

. . . bukan berputus asa cuma ini bagiku adalah sebahagian daripada redha . . .

. السلام عليكم .

Thursday, March 15, 2012

••❤•• selama engkau dalam kemuliaan . . . aku relakan semua itu ••❤••


dipetik dan diubahsuai daripada :


Kesayanganku .
Engkaulah pertama yang mengisi kehidupanku sepenuhnya
Akan tetapi sungguh syaitan telah melenakan kita
Dosa itu telah menghancurkan setiap isi mimpi² kita . . .

Kesayanganku .
Aku ingin menebus segala dosa itu
Walaupun harus melepaskanmu
Selama engkau dalam kemuliaan
Aku relakan semua itu . . .

Kesayanganku .
Biarlah semua kenangan bersamamu
Menjadi penebus dosa² kita pada masa lalu
Selagi nafas masih berhembus diberi
Kita harus mengakhiri kemunafikan ini . . .

Kesayanganku .
Sungguh benar firman ALLAH Taala
Sungguh benar sabda Ya Rasullulah
Mengingatkan manusia menjauhi zina
Semoga ALLAH Taala masih mahu mengampuni kita . . .

Kesayanganku .
Selamat menempuh hidup baru
Semoga kemuliaan Islam selalu bersamamu
Semoga redha Illahi mengiringi perjalanan hidupmu . . .

"Jadilah lelaki yang soleh . Nikahilah akhwatmu itu dan jangan pernah kau kembali atau mengheretnya sekali dalam dunia itu seperti mana yang pernah kita lalui dahulu" .

. السلام عليكم .


Friday, February 24, 2012

••❤•• khilaf ••❤••



. . . cukuplah dengan ampun dan maaf , cukuplah dengan rasa berdosa . untuk merasa cinta semula untuk kembali ke pangkuanNYA . . .

tak tau kenapa saya menulis bait² lagu kat atas tapi bait² lagu nie memanggil² saya untuk berkongsi sesuatu . lirik kat atas nie lagu Khilaf nyanyian kumpulan Okid . berbalik pada cerita . kadang² saya rasa cinta itu tak adil buat saya . setelah penat saya mengharungi sisi² gelap bersama manusia² bernama lelaki akhirnya mereka itu pergi bersama seorang yang lain dengan diri yang kini tanpa kegelapan lagi . adilkah itu ? kalau dikirakan hilang akal , sudah tentu jawapan saya adalah tidak ! tapi bila dilewati kembali semua yang berlaku , saya sedar semua itu berbalik pada saya juga .

salah saya kerana berusaha menjadikan seseorang menjadi lebih baik daripada sebelumnya sedangkan diri sendiri masih terpinga² . salah saya kerana berusaha membantu seseorang berubah sedangkan diri sendiri masih rebah . salah saya kerana menginginkan hal² cinta dunia yang indah sedangkan cinta padaNYA masih jauh tertinggal bersalah .

maka , berbaliklah perempuan itu kembali ke pangkuanNYA untuk merasa cinta semula . mungkin masih payah kerana dia masih merangkak menadah untuk ampun dan maaf atas khilafnya . . .

perempuan itu adalah aku yang dulu memperjuangkan perasaan yang aku namakan cinta sedangkan itu hanyalah timbunan dosa semata² .


regards ,



Monday, February 6, 2012

••❤•• mawar mujahiddah ••❤••


buat mawar mujahiddah solehah yang sedang merindukan syahid di jalan ALLAH .


. بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

sekali wanita tergoda dunia , maka gugurlah sekuntum wardah di syurga . sekali wanita sengaja menodai hijabnya , maka laknat ALLAH terhadapnya . sekali wanita mendedah iffahnya , maka berbahagialah syaitan di neraka .

wanita yang tidak menjaga diri sendiri ,
jadi rebutan untuk dipermainkan .

wanita yang mengakui hak diri sendiri ,
jadi rebutan untuk dihalalkan dalam pinangan .

wahai mawar kesayanganku sekalian !
kecantikan dirimu mengatasi kecantikan bidadari syurga .
jagalah dirimu hingga tiba saatnya .