Sunday, June 24, 2012

| drama | ✿ ameera ✿




. demi zuriat sebuah perjanjian termeterai .

siapa tengok drama ni ? saya mula tengok drama ni waktu Zila (Zarina Zainoordin) menyorok dalam, kereta Ameera (Rita Rudaini) yang bersuamikan Ameer (Syamsul Yusuf) .

lepas tu lama saya tak tengok sebab macam asyik terlepas . tapi since last two weeks saya mula tengok balik cerita ni . macam best ! sebab mungkin jalan cerita yang dah semakin berjalan . intro clip dengan lagu tema pun sedap , mungkin sebab saya minat dengan kumpulan MOJO . HEHEHE ! :)

drama arahan Murali Abdullah dan skrip oleh penulis novel Sharifah Abu Salem ni bersiaran dalam slot Samarinda hari Selasa sampai Khamis . kalau nak tengok rasanya belum terlambat lagi , macam saya . HEHEHE ! slamat menonton semua .


regards ,

images from : http://google.com.my

Sunday, June 17, 2012

••❤•• abah , ouh abah ! ••❤••



. AL-FATIHAH ABAH .
. MD. RAHIM BIN REJAB .

hah ! hari nie hari bapa . ramai yang post status kat Facebook cerita pasal hero masing² ! HEHEHE !

saya pun ada cerita sendiri tentang hero saya tapi biarlah cerita tu jadi simpanan saya sendiri . yang saya tahu sepanjang 18 tahun saya berpeluang mengenali dia sebagai seorang abah , dia adalah lelaki yang pendiam tetapi sangat menceriakan . sehingga ke hari ini walaupun dia sudah tiada di sisi mengingatinya tetap menceriakan diri ini . semoga abah berbahagia di sana . kami selalu merindui abah di sini . insyaALLAH sampai masa ketemu lagi kita di sana , abah .

dan ! dan ! SELAMAT HARI BAPA ! :)
untuk semua bapa dan bakal bapa di luar sana !
anda adalah satunya lelaki yang menjadi bukti bahawa tidak semua lelaki sama seperti yang pernah menyakiti hati kami .


regards ,

Sunday, June 3, 2012

••❤•• ehem² ! saya sedang kemaskini ••❤••



slamat hari jadi ! slamat hari jadi ! slamat hari jadi to me ! selamat hari jadi ! HAPPY BIRTHDAY , CHE HASLIZA .
ok , rasanya yang paling lambat wish happy birthday kat aku adalah aku sendiri kot . HEHEHE ! tapi , apa pun aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana sekali lagi aku diberikan kesempatan untuk melewati hari² mendatang dengan lebih kedewasaan . semoga aku sentiasa berada di jalananNYA dan tidak akan melangkah keluar lagi daripada landasan itu . insyaALLAH .

terima kasih mak, along, angah, aiman ! :)
inilah keluarga kecil yang aku ada , tapi ini jugalah yang menjadikan aku sebesar² manusia yang berada di dunia ini . doaku hanya syurga buat kalian semua . :)

oh , ya ! my great gentlemen and wonderful women ! :)
much thanks to all of you ! yes , you . yang tak henti² wish happy birthday for me, penuh wall Facebook saya ! penuh inbox handphone saya ! saya happy sangat ! anda sangat istimewa buat saya dan menjadikan saya seorang yang istimewa di dunia ini . terima kasih ! :)

and , to you my dear yang jauh di seberang sana . . .
ketahuilah , bahawa kau telah menjadikan aku yang paling indah pada pandanganmu , yang paling redup dalam sinar matamu dan kau membuatkan aku merasa indah sebenar cinta yang selama ini hanya aku rasakan sebagai pura² bersama mereka yang terdahulu daripadamu . terima kasih membiarkan masa silamku berlalu tanpa mengingatku tentang semua itu . aku kirimkan doa semoga kau sentiasa sejahtera , kerana aku selalu ingin kau ada . :)



p/s : "jauh di mata dekat di hati .
aku yang mencintaimu di sini . merindukanmu setiap hari . setiap menungguh hingga kau kembali" .

regards ,